Penularan ajaran Ahmadiah ini semakin membimbangkan lebih-lebih lagi kepada negara Malaysia yang berpegang teguh pada aliran Ahli Sunnah Waljamaah. Diketahui idea-idea dan akidah Ahmadiah ini terpesong jauh daripada landasan ajaran Islam yang diajarkan oleh baginda Rasulullah. Kebanyakan isi kandungan ajaran Ahmadiah sama seperti ajaran Islam yang sebenar seperti kandungan dalam rukun Islam iaitu mengucap dua kalimah syahadah, kewajipan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, membayar zakat dan mengerjakan haji. Mereka juga berpegang pada rukun iman seakan dalam akidah Ahli Sunnah Waljamaah. Penyebaran ajaran Ahmadiah ini telah memberikan kesan kepada pelbagai pihak, sama ada kepada umat Islam mahupun penganut agama lain. Kesan tersebut dalam dilihat seawal penubuhan Ahmadiah oleh Mirza Ghulam Ahmad yang menghadirkan ketidakselesaan masyarakat Muslim India pada ketika itu. Antara kesan yang dapat dilihat adalah seperti berikut: . Menimbulkan kontroversi dalam kalangan peng...