Skip to main content

Posts

KESAN PENULARAN AJARAN AHMADIAH QADIANI

Penularan ajaran Ahmadiah ini semakin membimbangkan lebih-lebih lagi kepada negara Malaysia yang berpegang teguh pada aliran Ahli Sunnah Waljamaah. Diketahui idea-idea dan akidah Ahmadiah ini terpesong jauh daripada landasan ajaran Islam yang diajarkan oleh baginda Rasulullah. Kebanyakan isi kandungan ajaran Ahmadiah sama seperti ajaran Islam yang sebenar seperti kandungan dalam rukun Islam iaitu mengucap dua kalimah syahadah, kewajipan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, membayar zakat dan mengerjakan haji. Mereka juga berpegang pada rukun iman seakan dalam akidah Ahli Sunnah Waljamaah. Penyebaran ajaran Ahmadiah ini telah memberikan kesan kepada pelbagai pihak, sama ada kepada umat Islam mahupun penganut agama lain. Kesan tersebut dalam dilihat seawal penubuhan Ahmadiah oleh Mirza Ghulam Ahmad yang menghadirkan ketidakselesaan masyarakat Muslim India pada ketika itu. Antara kesan yang dapat dilihat adalah seperti berikut: . Menimbulkan kontroversi dalam kalangan peng
Recent posts

PERBAHASAN AHLI SUNNAH WAL JAMA’AH (ASWAJA) TERHADAP ISU AJARAN AHMADIYAH QADIAN

Terdapat beberapa perbezaan yang diantara Ahli Sunnah wal Jama’ah dan ajaran Ahmadiyah Qadian yang menyimpang jauh dari ajaran Islam sebenar. Perbezaan pertama adalah pengakuan Nabi terakhir dan wahyu dalam kalangan pengikut Ahmadiyah. Menurut Taofik Yumansyah (2006), terdapat 4 sahaja kitab samawi yang wajib diimani di dalam Islam iaitu kitab Taurat, Zabur, Injil dan al-Quran perkara ini berbeza dengan Ahmadiyah yang menambah pegangan kitab terhadap pengakuan Mirza sebagai Nabi yang menerima wahyu. Menurut Chatib Saefullah (2016) mengatakan Ahmadiyah beranalogi bahawa tidak semua yang menerima wahyu dan tanpa Allah menyebutnya dan memilihnya itu menjadi nabi. Hal ini kerana, wahyu bagi mereka sebagai salah satu cara tuhan berkomunikasi yang bukan khusus kepada nabi sahaja. Mereka juga turut menetapkan makna Khatamu al-Nabiyyin sebagai satu maksud yang selalu berubah-ubah. Seterusnya, antara dasar-dasar yang disepakati oleh Ahli Sunnah wal Jama’ah ialah mengiktikad bahawa par

Aliran Ahmad Qadiani Menurut Ahli Sunnah wal Jamaah

  KONSEP DAN SEJARAH ALIRAN AHMAD QADIANI      Menurut Azharudin (2010), aliran Ahmadiah atau Qadiani merupakan satu aliran yang telah terbit dan wujud di Qadian, India sekitar penghujung abad ke 19 dan awal abad ke 20. Pentadbiran Agama Islam Negeri Sembilan (2003), telah mengeluarkan fatwa bahawa ajaran Qadiani merupakan ajaran sesat dan haram bagi orang Islam melibatkan diri dengan ajaran tersebut. Hal ini kerana, aliran ini telah menunjukkan ciri-ciri yang menyebabkan terkeluar dari Islam seperti yang ditetapkan oleh ulama Ahli Sunnah wal Jama’ah dan bagi mengukuhkan informasi tentang perkara ini, penulis akan menjelaskan sejarahan aliran ini. Pada tanggal 15 Februari 1835 masihi telah lahirnya pengasas aliran Qadiani iaitu Mirza Ghulam Ahmad berketurunan keluarga bangsawan iaitu, Haji Barlas. Ketika empayar Moghal berkuasa, keluarga Haji Barlas menduduki jawatan yang disegani dan dihormati dalam kalangan kerajaan pada masa itu.     Ghulam Murtaza dan Charagh Bibi merupakan bapa da

CADANGAN PROTOTAIPLENSA BIONIK (BIONIC LENS)

  1.0 Pengenalan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan organisasi yang bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan negara. Barisan pertahanan yang kukuh merupakan elemen yang penting dalam sesebuah negara bagi menjamin keselamatan negara dan juga pe nduduk. Seterusnya, bagi memastikan gerak kerja serta tugasan yang dilakukan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjalan dengan lancar dan efisyen, kerahan tenaga dalam inovasi kelengkapan tentera merupakan perkara utama. Idea inovasi yang dihasilkan perlu memenuhi kelengkapan tentera seperti persenjataan, pemakaian, logistik, perubatan dan aset perhubungan dan pengangkutan.      Tidak dapat dinafikan bahawa, teknologi yang sedia ada telah memainkan peranan yang besar membantu dan memudahkan urusan barisan pertahanan negara dalam melaksanakan tugasan. Justeru, pembaharuan dan penaiktarafan perlulah memenuhi tetapan dan keperluan setanding dengan negara-negara maju. Pembangunan inovasi baharu harus dilaksanakan dengan penuh penelitian s