Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2023

CADANGAN PROTOTAIPLENSA BIONIK (BIONIC LENS)

  1.0 Pengenalan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan organisasi yang bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan negara. Barisan pertahanan yang kukuh merupakan elemen yang penting dalam sesebuah negara bagi menjamin keselamatan negara dan juga pe nduduk. Seterusnya, bagi memastikan gerak kerja serta tugasan yang dilakukan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berjalan dengan lancar dan efisyen, kerahan tenaga dalam inovasi kelengkapan tentera merupakan perkara utama. Idea inovasi yang dihasilkan perlu memenuhi kelengkapan tentera seperti persenjataan, pemakaian, logistik, perubatan dan aset perhubungan dan pengangkutan.      Tidak dapat dinafikan bahawa, teknologi yang sedia ada telah memainkan peranan yang besar membantu dan memudahkan urusan barisan pertahanan negara dalam melaksanakan tugasan. Justeru, pembaharuan dan penaiktarafan perlulah memenuhi tetapan dan keperluan setanding dengan negara-negara maju. Pembangunan inovasi baharu harus dilaksanakan dengan penuh penelitian s